TM [TELEKOM MALAYSIA]
Dewan Penginapan Pelajar TM sebagaimana DPP lain ditubuhkan bagi menyediakan penginapan dan prasarana yang kondusif kepada pelajar yang menuntut di Universiti Utara Malaysia. DPP ini adalah DPP yang ketujuh di bawah Pusat Penginapan Pelajar, Universiti Utara Malaysia.
Mengorak langkah ke arah membina sebuah DPP yang mampu melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang berjaya di dalam akademik serta pembangunan sahsiah diri yang terpuji sebagai suatu realiti. Pada awal penubuhannya, DPP TM dikenali sebagai Kolej TELEKOM yang merupakan kolej yang ke-7 dibina mengikut kronologi pembinaan kolej-kolej di Universiti Utara Malaysia dan mula dikenali sebagai kolej ke-7. Namun, tidak lama kemudian kolej ini turut dinamakan menggunakan nama korporat TELEKOM dan dikenali sebagai Kolej Telekom. Kolej ini terdiri daripada 3 Blok A, B dan C. Ia mempunyai 84 bilik untuk setiap blok dengan 252 buah bilik kesemuanya.
Kolej TELEKOM pada awalnya tidak menggunakan nama korporat TELEKOM sebagai pengenalannya. Ia dikenali sebagai B4 dan B5. Pada awalnya juga, ia dihuni oleh pelajar ijazah pertama dari tahun 1990 hingga 1992. Kemudian apabila Kolej EON telah siap pembinaannya, pelajar-pelajar program ijazah pertama ini dipindahkan ke sana dan Kolej TELEKOM digantikan dengan pelajar Matrikulasi Universiti Utara Malaysia hingga sekarang.
Bagaimanapun, bermula sesi 2000/2001, Kolej Telekom telah dihuni oleh pelajar ijazah pertama semula. Manakala pelajar Matrikulasi ditempatkan di Pusat Matrikulasi Arau, Perlis. Justeru itu, Kolej Telekom akan diletakkan di bawah pentadbiran Universiti Utara Malaysia sepenuhnya semula.
Bermula pada sesi 2000/2001, Kolej TELEKOM memulakan sesi penginapan di bawah Universiti Utara Malaysia dengan menyediakan 3 blok penginapan pelajar perempuan. Manakala, pada tahun 2004, Kolej MISC telah menyerahkan 3 blok penginapan pelajar lelaki kepada Kolej TELEKOM. Ini menjadikan Kolej TELEKOM memiliki 3 blok penginapan pelajar Lelaki dan 3 blok penginapan pelajar Perempuan.
Nama DPP TM diambil sempena nama sebuah badan korporat iaitu TELEKOM MALAYSIA BERHAD. DPP TM mempunyai 6 blok yang mampu menampung 1008 penghuni dan ditadbir oleh barisan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga kebajikan serta keselesaan penghuni. Pihak pentadbiran DPP turut dibantu oleh barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang ditukar struktur organisasinya setiap tahun kalendar akademik.
DPP TM mempunyai enam blok kediaman pelajar dimana 3 blog didiami pelajar perempuan dan tiga blok didiami pelajar lelaki. Setiap blok boleh menampung seramai 84 orang pelajar. Secara keseluruhannya, DPP TM mampu menempatkan seramai 504 orang pelajar pada satu-satu masa. Selain daripada menjadi pusat penginapan pelajar sepenuh masa, DPP TM juga sering menerima penginapan daripada pihak luar seperti pelajar sekolah yang menjalani latihan sukan di Pusat Sukan dan juga orang awam yang menjalani pengajian jarak jauh di UUM. Blok kediaman pelajar terdiri daripada:
- Blok A
- Blok B
- Blok C
- Blok D
- Blok E
- Blok F
Antara kemudahan yang terdapat di DPP TM ialah makmal computer, bilik rehat, bilik gerakan/aktiviti, dewan serbaguna, kemudahan sukan dan Riadah, surau, bilik solat, bilik TV, cafeteria, kedai fotostat dan kedai barangan runcit.
No comments:
Post a Comment